Tuesday, March 14, 2006

Isteri Cantik Jelita, Suami Tak Hensem


" SEWAKTU dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur bulan lalu, saya berbual dengan penumpang di sebelah yang memperkenalkan diri sebagai V. Manis orangnya dengan tahi lalat macam Siti Nurhaliza. Ketawanya nyaring danbertambah nyaring bila berbual tentang suami. V sudah berkahwin dan katanya, " I tak pernah bayangkan akan mengahwini dia."Saya renung wajahnya dengan dahi berkerut. Mengapa?"Dia bukan cita rasa saya. Saya selalu angan-angan mengahwini seorang doktor. Tapi dia.. emm... guru. Sudahlah tidak berapa tinggi, tidak berapa kacak dan perut pun tidak berapa ramping.""Tapi sudah tiga tahun kahwin, sudah ada anak seorang, saya tahu sampai mati pun saya akan cintai dia seorang saja,"Saya rumuskan begini: tidak berapa tinggi - pendek @ katek, tidak berapakacak ? hodoh @ tidak sedap mata memandang, dan perut tidak berapa ramping? gendut @ buncit. Saya hanya senyum sendiri.
Kata Harvilee Hendrix penulisbuku "Getting the love you want" cinta romantis menyuburkan fantasi juga kejahilan dan ia tidak sesuai untuk tempoh jangka masa panjang.Jadi, jika anda sedang mencari-cari pasangan, jangan terlalu banyak bermimpi. Sila lupakan gabungan lima kriteria utama ini dan berpijaklah dibumi nyata.
1. Lelaki kacak dengan badan atlit - jika anda tertarik pada lelaki keranakecantikan fizikalnya, oh.. Anda harus meminta dia berusaha kerasmengekalkannya hingga hujung usia. Paling penting, lelaki yang menghabiskanmasa di gym dan mengambil makanan tambahan untuk kecantikan tubuh tentusaja tidak akan memaafkan anda, jika anda terlebih berat (terutama selepasbersalin) atau baju terlebih saiz.
2. Lelaki macho dengan gaya unggul - terpesona kerana kekemasan danketrampilannya? Baca ini, "saya tahu dia seorang peguam dan menghabiskanbanyak masa untuk kelihatan mempersona dan berwibawa tapi adilkah jika diamelepaskan peluang bercuti sekeluarga untuk membeli suit baru sedangkansemuanya sama saja pada saya, hitam dan putih! Maaf ya, nampaknya koleksidalam almari lebih penting dari anda.
3. Kerjaya prestij ? kerja hebat dengan gaji mantap. Emm... tentu sajakerjaya akan didahulukan daripada anda. Apa yang akan terjadi, dari urusanbil air api, susu anak, yuran sekolah anak hinggalah hutang kereta, andayang akan selesaikan, jadilah anda superwomen! Lelaki yang mampu fokuskepada kerja tapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan anda walaupun diatidak berbadan atlit, tidak bergaya adalah lebih berbaloi.
4. Kereta mewah menjalar ? pasti punggung terasa mengembang duduk disebelah jejaka kacak dengan kereta mewah hingga rambut pun kusut masaimeredah angin. Lelaki selalu menjadikan kereta isteri nombor satu terutamajika dia memandu kereta dengan dua tempat duduk adalah lelaki yang selalumengaitkan kereta dengan kelelakian. Mampukah nanti dia menukar kereta duatempat duduk atau kereta yang sudah diubahsuai ribuan ringgit menjadikereta keluarga dan membawa anak-anak yang tentu saja akan mengotor danmenghenyak-henyak kerusi empuk?
5. Datang dari keluarga sempurna ? lelaki yang sempurna mesti datang darikeluarga sempurna. Maksudnya, dia dan semua adik beradiknya graduanuniversiti. Masing-masing berjawatan hebat, dari kalangan datuk-datin, tansri- puan sri, mesra dan sejahtera sepanjang masa. Walau siapa pun kita,sesekali berkocak juga hubungan keluarga. Abang Ngah mungkin tidak mesradengan abang Chik. Dia pula anak kesayangan yang dicemburui. Itu bukan luarbiasa dan itu bukan tanda dia tidak mampu jadi suami yang baik.Perkahwinan bukan untuk sehari tapi hingga jasad tertanam. Carilah yangsesuai di hati, jangan hipokrasi... paling utama cerminlah diri sendiri.
Bak lirik lagu popular, jangan kau harap jangan kau mimpi..."

No comments: